Minyak masak paket yang disita KPDNHEP Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Tindakan seorang peniaga mengenakan pembelian minyak masak paket bersyarat terhadap pelanggan membawa padah selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu premis di Pesara Claimant di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, A Mogan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan peniaga berkenaan mengenakan syarat pelanggan perlu membeli barang sekurang-kurangnya RM10 untuk layak membeli minyak paket.

Katanya, peniaga berusia 37 tahun diambil keterangan bagi siasatan kerana disyaki mengenakan pembelian bersyarat minyak masak tanpa kebenaran pengawal bekalan.

“Siasatan juga mendapati premis berkenaan menjalankan perniagaan jenis borong dan runcit barangan kering dan sejuk beku

Pegawai penguatkuasa sedang menjalankan siasatan di lokasi.

“Susulan itu, pegawai penguatkuasa menyita sebanyak 187 peket minyak masak berkenaan dengan nilai rampasan RM467.50,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Tambah Mogan, KPDNHEP Pulau Pinang akan giat menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bekalan minyak masak dan barangan di sekitar negeri ini susulan isu kenaikan harga yang semakin menjadi perhatian.

“Kita ingin nasihati peniaga agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan tidak akan berkompromi sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang ditetapkan,” tegas beliau. – MalaysiaGazette