KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 melonjak kepada 5,230 semalam dengan 11 kes import.
Ia menjadikan kes keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah kepada 4,576,164.
Sebanyak lapan kes kematian dalam tempoh sama termasuk satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35, 844.
Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif terus bertambah kepada 41,208 dengan jumlah kes dirujuk di hospital sebnayak 1,411.
Daripada jumlah itu 64 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes kuarantin di rumah sebanyak 39,703 atau 96.3% manakala di Pusat Kuarantin Rawatan Covid pula sebanyak 30.
Kes sembuh pula 2,927. – MalaysiaGazette