Koulibaly sah menyertai kelab EPL, Chelsea. Foto kredit: Chelsea FC.com Twitter

LONDON – Chelsea berjaya menandatangani kontrak dengan bintang pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly untuk tempoh empat tahun sehingga 2026.

Bintang antarabangsa Senegal itu menyertai skuad kendalian Thomas Tuchel dari kelab Serie A Itali tersebut.

Koulibaly akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Antonio Rudiger di Stamford Bridge.

Koulibaly telah melakukan 217 penampilan bersama kelab Itali selepas berhijrah dari Genk pada 2014.

Kehadiran Koulibaly ke Stamford Bridge disahkan secara rasmi oleh the Blues selepas salah bintang pertahanan utama mereka Rudiger telah berhijrah secara percuma ke La Liga Sepanyol untuk menyertai Real Madrid.

Seorang lagi pemain Chelsea, Andreas Christensen pula berpindah ke Barcelona.

“Saya gembira untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris yang sukses iaitu Chelsea.

“Adalah menjadi minat saya untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan peluang itu kini direalisasikan menerusi Chelsea.

Dua rakan karib saya Edou Mendy dan Jorginho membantu memudahkan saya membuat keputusan tepat dalam soal ini,” tegasnya. – BBC Sport