Pelbagai program menarik disediakan di Karnival Belia dan Sukan 2022 Pahang yang diadakan di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bermula bermula semalam hingga 17 Julai ini.

Antaranya, tawaran pengurangan saman Trafik oleh PDRM sehingga 50 peratus, Fun Run 5 kM dan Fun Ride, pertunjukan sukan permotoran seperti ‘drifting’, karnival mini E-sukan dan Coswalk Party.

Kesemua acara berlangsung di tiga zon utama iaitu di Dewan MBK, tapak parkir terbuka dan di Padang Kemunting.