Jho low
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low telah membuat percubaan untuk mencari penyelesaian dengan kerajaan berhubung pertuduhan keatasnya.

Bagaimanapun Idrus berkata, semua tawaran itu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, semua percubaan itu dibuat tahun ini menerusi wakil Jho Low.

“Dalam percubaan itu wakil-wakil Jho Low berjumpa dengan pelbagai agensi Kerajaan Malaysia, termasuk Pejabat Peguam Negara.

“Semua tawaran bagi penyelesaian berkenaan daripada wakil Jho Low ditolak oleh AGC,” katanya yang merujuk kepada laporan berita berhubung perkara itu.

Semalam media The Edge yang memetik sumber melaporkan Jho Low menawarkan RM1.5 billion kepada kerajaan bagi menyelesaikan pertuduhan terhadapnya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ohhh hidup lagi Cina gemuk ni…ingat kan dah jd beruang macam dikatakan oleh bekas Ketua Polis Negara…

  2. Aiy ya apek lu kebas lebih banyak wang 1MDB tapi lu mau kasi balik sikit loo aiy ya lu pai si loo…

Comments are closed.