Ivan Toney. Foto BBC.

LONDON – Pemain Brentford, Ivan Toney kini menjadi sasaran Manchester United untuk mengisi slot penyerang utama pasukan.

Kehadiran Toney, 26, bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa Cristiano Ronaldo dan Anthony Martial pada musim jendela perpindahan.

Dia boleh didapati dengan harga sekitar £35 hingga £40 juta dan pemain yang memiliki kerakyatan England ini menikmati gaji mingguan serendah £21,000 di Brentford.

Toney meledak 12 gol Liga Perdana Inggeris dan melakukan lima umpanan gol musim lalu.

Dia dan Eriksen membentuk gandingan mantap ketika di Brentford, namun United berdepan persaingan daripada Newcastle, West Ham dan Leeds. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast