Petugas kesihatan mengambil sampel darah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,936 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kes import.

Peningkatan itu menjadikan angka terkumpul kes Covid-19 di negara ini menjadi 4,585,143, menurut data COVIDNOW.

Manakala tujuh kes kematian yang direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan kes kumulatif sebanyak 35,855.

Kes sembuh pula sebanyak 3,899.

Dalam pada itu, kes aktif yang dilaporkan sebanyak 42,511 termasuk 40,933 kes menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,484 lagi dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 61 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 38 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast