Reaksi 28 ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng 08 GST' yang dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JULAI 2022.

KUALA KUBU BHARU – Seramai 28 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada hari ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng 08 GST sekitar tiga tahun yang lalu.

Kesemua tertuduh; Thanasegaran Perumal, 46, Saravanak Kumar Karunanithy, 36; Selvamogan Selvarajan, 44; Yogeswaran Nadarajan, 41; Ganesan Nadarajan, 43; Raja Kumar Rajoo, 39; Aziz Latip Hasannar, 42; Chandran Nadarasa, 37; Vinot Barasu Raman, 27; Selvam Karupaya, 38 dan Tachana Moorthy Peromal, 36.

Selain itu turut didakwa adalah Vekneswaran Sekaran, 36; Saravanan S.Maruthuyah, 40; Elangovan Vello, 36; Thinagaran Vikneswaran, 28; Eswaran Muniandy, 33; Kali Muthu Subramenim, 44; Moganraj Balarajan, 30; Poobalan Arumugam, 29; Vijendran Naganmutu, 37; Punitharaja Kumaran, 26; Devandran Raman, 35; Vengateswaran Ravichanderan, 26; Tan Eng Sun, 22; Sathteswaran Pannir Selvam, 23; Gananathan Giva, 23; Arvind Harichandran, 24 dan Navin Selvapandian, 29.

Reaksi 28 ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’ yang dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JULAI 2022.

Salah seorang tertuduh, Aziz Latip berkerusi roda akibat strok dan menggunakan beg kencing ketika menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah dikenali Geng 08 GST di Batu 46 1/4 di Tin Mine, Kalumpang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan demikian antara bulan Januari 2019 hingga 23 Jun 2022.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas kertas pertuduhan mereka dibacakan dalam bahasa Tamil satu persatu di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mengadu mereka tidak memahami bahasa Melayu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana ia terletak bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Reaksi 28 ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’ yang dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JULAI 2022.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Muhammad Iskandar Ahmad dan dibantu Shafiq Hasim, Khairul Azreem Mamat dan Yong Ching Hong.

Manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Datuk R.Thinalan, Datuk David Gurupatham JM Mark, K. Shalvin dan Mohd Hanif Hassan, Yogeswary,

Semasa prosiding, pendakwaan tidak mencadangkan sebarang ikat jaminan kepada semua tertuduh tersebut.

Bagaimanapun, barisan peguambela yang mewakili kesemua tertuduh merayu mahkamah agar anak guam mereka dilepaskan dengan ikat jamin atas alasan mempunyai tanggungan keluarga serta mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan hospital.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nurul Mardhiah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula penyerahan dokumen.

Terdahulu kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah di sini pukul 7.45 pagi dengan tiga trak Black Maria diiringi anggota pasukan polis bersenjata Bukit Aman, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dengan melibatkan hampir 10 kenderaan termasuk dua van.

Dalam pada itu, para ahli keluar kesemua tertuduh juga telah membanji pekarangan mahkamah sejak awal pagi dan dan kawasan itu dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.

Malah orang awam yang berurusan di mahkamah juga diperiksa satu persatu  sebagai langkah berhati-hati mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Dalam pada itu,  suasana perkarangan luar mahkamah menjadi hiba seketika apabila kira-kira 100 para ahli keluarga dan saudara kepada 28 tertuduh menjerit-jerit.

Reaksi ahli keluarga yang hadir di mahkamah selepas melihat 28 ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’ yang dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JULAI 2022.

Ada dalam kalangan ahli keluarga menangis apabila melihat dalam tertuduh dibawa keluar mereka dengan diiringi hampir 10 kereta polis meninggalkan premis tersebut kira-kira pukul 3 petang tadi.

Reaksi ahli keluarga sebak selepas melihat 28 ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’ yang dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JULAI 2022.

Malah ada dalam kalangan mereka mengejar trak yang membawa semua tertuduh semula ke Penjara Sungai Buloh kerana tidak dapat mengawal emosi.- MalaysiaGazette