KUALA LUMPUR – Semalam merekodkan sebanyak lapan kes kematian akibat Covid-19 termasuk satu kes berlaku di luar hospital.
Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul menjadi sebanyak 35,870.
Pada tempoh sama, Malaysia merekodkan 3,902 kes Covid-19 termasuk empat kes import, menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 4,592, 120.
Kes aktif yang dilaporkan berjumlah 43,144 dengan 1,568 dimasukkan ke hospital.
Sebanyak 55 kes pula ditempatka di unit rawatan rapi hospital dengan 39 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette