Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Masyarakat diminta tidak cepat menghukum wanita berpakaian seksi yang membolehkan jenayah rogol atau gangguan seksual berlaku.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, malah sebelum ini terdapat kes yang mana seekor kambing turut dirogol oleh seorang lelaki, tanpa melibatkan wanita yang berpakaian seksi.

“Nenek 74 tahun kena rogol. Kanak-kanak lima tahun kena rogol. Remaja lelaki pun kena rogol.

“Malah kambing pun kena rogol sampai mati kambing itu. Adakah kata mereka berpakaian seksi. Jadi hujah-hujah (ini) tak rasional (untuk) bela nasib rakyat,” kata bekas ketua Wanita PKR itu ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (Akta AGS) 2021 pada persidangan¬† Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, sikap menghukum terhadap wanita berpakaian seksi tidak membantu mangsa dibela, ujarnya.

Tambah beliau, sikap itu juga tidak membantu mangsa-mangsa untuk membuat aduan dan laporan kepada polis.

RUU Anti Gangguan Seksual (Akta AGS) 2021 secara dasarnya sebagai satu manifestasi penting untuk menunjukkan kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia dan suatu bentuk keganasan berasaskan gender. – MalaysiaGazette