Ismail Sabri Yaakob bersama wakil-wakil Ericsson Group yang mengadakan kunjungan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Malaysia kini mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu diakui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group yang mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Perdana Menteri hari ini.

Ismail Sabri berkata, perbincangan tertumpu kepada status terkini pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian itu.

”Saya menaruh keyakinan rangkaian 5G mampu melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri.

”Saya menaruh keyakinan rangkaian 5G mampu melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri,” katanya.

Menurut beliau, dalam pertemuan itu, Borje turut memberi komitmen untuk terus mempergiat aktiviti dan pelaburan di Malaysia.

Ericsson telah 57 tahun bertapak di Malaysia. – MalaysiaGazette