Dua buah kenderaan yang memiliki nombor pendaftaran sama dan dipandu warga asing

KUANTAN – Tindakan berani dua warga asing memandu lori tanpa memiliki lesen mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan di Cameron Highlands dekat sini semalam.

Lebih mengejutkan, mereka didapati memandu kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran dan tanda badan milik syarikat yang sama.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, pihaknya telah menyita kedua-dua buah kenderaan terbabit untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 275 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan ke atas 147 buah kenderaan lain dalam operasi yang sama.

Kamarul Iskandar menegaskan, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing dan tindakan lebih tegas akan diambil ke atas syarikat yang membenarkan kenderaan milik mereka dipandu warga asing.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast