Mohd. Nafidz (dua dari kanan) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022

KUALA LUMPUR – Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus terbang tinggi apabila ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Datuk Mohd. Nafidz Abdul Razak meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022 baru-baru ini.

Pada Februari lalu, KMZ turut meraih kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.

Kejayaan diraih KMZ itu menjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuanga sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia

Mohd. Nafidz berkata, anugerah terbaharu itu terus menjadi aspirasi buat beliau untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

Jelas beliau, selepas masyarakat bergelut dan masih dihantui dengan pandemik Covid-19, negara kini berdepan pula penularan virus penyakit lain pula termasuk influenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral.

“Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.

“Kita saling memerlukan dan bu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit serta warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu,” katanya dalam satu kenyataan sempena kejayaan anugerah itu.

Datuk Mohd. Nafidz Abdul Razak.

Bertapak sejak tahun 2013, cawangan KMZ bercambah pesat dari satu cawangan ke cawanagan lain. Hingga kini, sudah 24 cawangan yang berperanan sebagai ejen perantara kepada masyarakat.

Seterusnya, KMZ menyasarkan memiliki 50 cawangan pada 2025 ini.

Mohd. Nafidz menambah, dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluurh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.

“Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.

“Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tidak boleh keluar rumah.

“Walaupun tidak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam,” katanya.

 

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi.

Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.

Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.

“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasib baik,” katanya.

Disifatkan KMZ antara jenama ‘penting’ di era pandemik lalu, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast