Klip video TikTok yang ditularkan kononnya polis menerima rasuah sedang dikesan untuk membantu siasatan polis. - Gambar ihsan IPD Brickfields.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun TikTok yang memuat naik satu klip video mendakwa kononnya anggota polis menaiki kereta peronda disyaki mengambil suapan.

Kejadian itu ditular oleh pemilik TikTok itu berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, usaha mengesan pemilik akaun TikTok itu sedang giat dijalankan.

“Kita mahu kerjasama pemilik TikTok itu tampil untuk membolehkan membantu siasatan kes ini.

“Pemilik akaun itu memuat naik video berkenaan akan diambil keterangan bagi siasatan dijalankan berkaitan video yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast