KUALA LUMPUR – Siti Nuramira Abdullah, wanita yang didakwa menghina agama Islam bukan pemegang kad OKU, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU), Cik Siti Nuramira Abdullah adalah bukan pemegang kad OKU,” katanya selepas tular satu infografik di laman sosial dan portal.
Sehubungan itu, media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih.
JKM berharap laporan ini diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU. – MalaysiaGazette