Ab Rauf Yusoh

MELAKA – Melaka bakal mempunyai sebuah pusat data kedua terbesar dalam negara yang dijangka mula dilaksanakan tahun ini.

Exco Kanan Pelaburan,Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setakat ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sudah menerima dua cadangan pembinaan kemudahan itu.

“Pusat data kedua terbesar negara ini sedang dibuat kajian awal mengenai penempatan yang sesuai oleh pihak MIDA untuk membawa masuk pelabur dari luar negara itu.

“Setakat ini MIDA sudah terima dua cadangan membina pusat data itu daripada pelabur luar negara iaitu Hong Kong dan China dan Insya-Allah kita berdoa supaya pelaburan ini dibuat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Khaidira Abu Zahar (BN-Rim) yang bertanyakan mengenai pelaburan digital di Melaka pada Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast