KOTA KINABALU – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Alumni telah jelajah ke Sabah bagi menjalankan program Tautan Kasih Anak Kandung Suluh Budiman sekali gus menjejak Alumni yang telah sekian lama tidak bersua.
Tautan Kasih Sabah Anak Kandung Suluh Budiman ini merupakan julung kali diadakan setelah sekian lama kita menghadapi wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara ini.
Program ini merupakan inisiatif Pusat Alumni bagi bertujuan memelihara hubungan silaturahim, bertanyakan khabar di antara alumni-alumni dari pelbagai era yang terdiri daripada era SITC, MPSI, IPSI, UPSI yang banyak mengharumkan nama universiti dalam pelbagai percapaian yang terdiri daripada pelbagai peringkat.
Dengan adanya alumni-alumni sekarang, nama universiti ini telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti yang ada sekali gus mempromosikan universiti ini kepada bakal anak-anak muda yang ingin menjadi Anak Kandung Suluh Budiman.
Program ini disambut baik oleh 90 orang alumni yang hadir.
Kehadiran alumni yang ada telah disahkan melalui butiran yang telah diberikan melalui google form yang terdapat di Facebook Pusat Alumni UPSI dan juga kumpulan di aplikasi Whatapps dan Telegram.
Oleh itu, jika ada alumni yang masih lagi belum mengikuti Facebook Pusat Alumni, mereka boleh mengikuti perkembangan Pusat Alumni di Facebook “Pusat Alumni UPSI”.
”Saya merasakan begitu sebak pada hari ini, saya dapat berkumpul bersama-sama rakan-rakan seperjuangan saya yang lama tidak berjumpa. Hampir sepuluh tahun tidak berjumpa akhirnya dengan adanya program ini saya dapat berjumpa bersama rakan-rakan seperjuangan saya pada hari ini,” ujar Zain salah seorang perserta program.
Menerusi tautan ini, alumni yang hadir dapat menzahirkan rasa rindu terhadap Ibu Kandung Suluh Budiman dan berhasrat untuk melawat univeristi yang amat dirindui mereka.
”Ibu Kandung Suluh Budiman lah tempat mereka menimba ilmu sehingga mendapat segulung ijazah. Bak kata pepatah Melayu ‘Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain,”ulasnya.
Menurut Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi , program tautan ini merupakan program di mana alumni Ibu Kandung Suluh Budiman dapat menghilangkan rasa rindu akan Ibu Kandung Suluh Budiman.
Selain itu, beliau berhasrat untuk meluaskan lagi sayap tautan kasih ini bersama-sama alumni yang ada di peringkat antarabangsa.
”Tahniah diucapkan kepada Pusat Alumni UPSI kerana berjaya mengumpulkan alumni dari Sabah, Sabah antara negeri yang paling ramai warganya menyambung pelajaran di UPSI. Semoga program sebegini memberikan seribu satu manfaat buat kita semua” ujar Prof.Madya Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI. – MalaysiaGazette