Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 1 Ogos depan bagi keputusan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang mahu menggantung sabitan hukuman kes pemalsuan dokumen di hadapi olehnya.
Untuk makluman, Peter sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).