Rakaman menunjukkan detik-detik skrin gergasi ketika konsert Kumpulan Mirror. Foto BBC

HONG KONG – Sebuah Skrin gergasi jatuh dan mencederakan dua penari di hadapan peminat yang ketakutan pada konsert Kumpulan Mirror di sini.

Skrin itu jatuh di atas seorang penari sebelum menimpa yang lain.

Konsert muzik itu dihentikan segera dan pengurus kumpulan itu meminta orang ramai untuk keluar dari arena itu dengan tenang.

Polis Hong Kong mengesahkan kepada akhbar tempatan bahawa dua penari lelaki telah dimasukkan ke hospital.

Sebuah hospital tempatan berkata, seorang mangsa cedera di leher dan berada dalam keadaan serius di unit rawatan rapi.

Manakala seorang lagi stabil, menurut laporan South China Morning Post.

Beberapa penonton konsert wanita turut dirawat kerana terkejut.

Kumpulan lelaki itu telah membuat persembahan di Hong Kong Coliseum pada malam Khamis.

Kerajaan perbandaran itu mengarahkan baki konsert berkenaan sehingga pemeriksaan keselamatan dijalankan di tempat lain.

Kumpulan ini sangat popular di Hong Kong dengan muzik Cantopop – muzik pop tempatan Hong Kong. – BBC