Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang diluluskan semalam bukan sekadar undang-undang.

Sebaliknya ia mengubah budaya politik yang dianggap amalan biasa selama ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, mana-mana wakil rakyat boleh melompat dari satu parti ke parti lain atas alasan tersendiri.

Namun apabila bertanding dan menang, wakil rakyat itu mesti menghormati mandat yang diberikan rakyat.

Ini kerana, kerusi yang dimenangi tidak ada harga lagi kalau diperdagangkan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Parlimen, beliau berkata, Dewan Undangan Negeri-Negeri boleh menjejaki langkah ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast