Ahmad Zahid Hamidi UMNO Anti-Party Hopping Bill law Cabinet PM Ismail Sabri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Persetujuan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuktikan pihak yang menolak penangguhan itu silap.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak yang menentang penangguhan pemilihan jelas bertentangan dengan kemahuan akar umbi UMNO.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO telah memperlihatkan kematangan dalam menangani isu tersebut.

“Apabila seluruh ahli dan perwakilan UMNO bersatu padu dan tekad menyokong pindaan maka suara sumbang segelintir yang cuba menolaknya kini terbukti silap dalam menentukan sikap dan pendirian yang jelas bertentangan dengan suara akar umbi UMNO.

“Kematangan UMNO dalam berdepan isu ini, kesabaran UMNO dalam membawa kebangkitan rakyat dan memulihkan parti terbukti dalam kemenangan pilihan raya kecil (PRK) enam daripada tujuh PRK. Diikuti kemenangan PRN Melaka dan PRN Johor walaupun cuba diperlekeh oleh musuh politik kita,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO tidak akan sama sekali tunduk terhadap pihak yang cuba membuat provokasi terhadap parti itu.

Pihak berkenaan katanya, cuba untuk menganggu pemulihah dan kestabilan dalam parti tersebut.

“Namun tahap kesabaran kita dalam kepimpinan parti jelas tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang memprovokasi dan mengganggu gugat pemulihan dan kestabilan dalaman UMNO.

“Tahniah kepada seluruh ahli UMNO dari lapisan akar umbi hingga ke peringkat tertinggi yang tetap bersama perjuangan UMNO.

“Semoga tahun baru Hijrah ini membawa barakah kepada kita semua dalam UMNO dan seluruh rakyat Malaysia untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada RoS kerana meluluskan permohonan UMNO.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada ahli akar umbi yang teguh bersama kepimpinan parti itu dalam memperjuangkan penangguhan pemilihan parti.

“Terima kasih ROS terhadap kelulusan tersebut. Terima kasih akar umbi UMNO di seluruh negara yang sama-sama berdiri teguh bersama kepimpinan UMNO memperjuangkannya walaupun ada segelintir secara terbuka cuba membina naratif menolaknya.

“Apabila seluruh ahli dan perwakilan UMNO bersatu padu dan tekad menyokong pindaan maka suara sumbang segelintir yang cuba menolaknya kini terbukti silap dalam menentukan sikap dan pendirian yang jelas bertentangan dengan suara akar umbi UMNO,” kata Ahmad Zahid.

RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas PRU diadakan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan itu diberikan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan perlembagaan UMNO.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast