KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi semua ahli keluarganya.

Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

Menerusi hantaran Facebook Abdul Khalid Ibrahim, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23hb April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah,” katanya.

Menurut hantaran itu, Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj perkenan jenazah disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam. – MalaysiaGazette