Peralatan dan bahan kimia yang dirampas dari makmal haram proses dadah di sebuah rumah teres di off Jalan Ipoh oleh polis narkotik KL pada 27 Julai lalu.Ihsan foto: IPKKL

KUALA LUMPUR – Aktiviti meragukan dalam sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Ipoh, di sini, yang dijadikan makmal memproses dadah terbongkar dengan penahanan seorang lelaki menerusi serbuan yang dilakukan pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 2.45 pagi itu, polis menahan seorang kontraktor elektrik yang menjadi tukang masak ketamin di makmal haram tersebut.

“Siasatan awal polis mendapati suspek merupakan warga tempatan berusia 39 tahun dan pernah dibebaskan daripada penjara pada tahun 2019 selepas selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ddah jenis ketamin yang dirampas daripada suspek tukang masak semasa serbuan di rumah teres Taman Mastiara, Off Jalan Ipoh di sini 27 Julai lalu.Ihsan IPKKL

“Siasatan awal polis mendapati suspek merupakan warga tempatan berusia 39 tahun dan pernah dibebaskan daripada penjara pada tahun 2019 selepas selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, serbuan tersebut juga turut membawa kepada rampasan pelbagai peralatan serta bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah ketamin.

“Selain itu, turut dirampas adalah satu kilogram dadah jenis ketamin yang siap diproses dipercayai untuk pasaran sekitar Kuala Lumpur.

“Siasatan lanjut polis mendapati suspek menyewa rumah tersebut di Jalan Ipoh sejak dua bulan yang lepas bagi menjalankan kegiatan memproses dadah,” ujar beliau.

Menurut Azmi, ujian saringan yang dijalankan terhadap suspek mendapati suspek positif dadah jenis methapatamine.

Tambah beliau, suspek kini direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam pada itu, Azmi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dengan kerjasama daripada Jabatan Siasatan danm Penguatkuasaan Trafik (JSPT KL), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Kuala Lumpur (IPD) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan (AADKWP) melaksanakan Op Tapis di ibu negara.

Menurutnya, operasi mensasarkan kawasan perumahan awam dan juga kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

“Seramai 209 orang telah berjaya ditangkap di bawah pelbagai kesalahan dadah, daripada jumlah tersebut, seramai 12 orang telah diambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan dadah (Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas(LLPK) 1985.

“Selain itu, seramai 24 individu diambil tindakan di bawah kesalahan mengambil dadah berulang (Sek 39C Akta Dadah Berbahaya 1952) dan lapan individu diambil tindakan kerana dikehendaki di bawah pelbagai kesalahan dadah.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan melibatkan jumlah sebanyak RM374,829.40 dan antara yang dirampas melibatkan 15 liter cecair pelbagai jenis dadah, 1.6 kilogram pelbagai jenis dadah, sitaan harta melibatkan wang tunai berjumlah RM340 dan sebuah kereta jenis Honda Accord dianggarkan bernilai RM40,000,” ujarnya. – MalaysiaGazette