KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,213 kes Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes keseluruhan jangkitan di negara ini terus bertambah kepada 4,645, 334.
Jumlah kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pula lapan kes termasuk dua yang berlaku di luar hospital, menurut data COVIDNOW.
Kes aktif pula 44,664 dengan 96.5% dengan 43,080 dikuarantin di rumah.
Sebanyak 1,510 kes dirawat di hospital dengan 54 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, 33 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sejumlah 20 kes lagi dirujuk di Pusat Kuarantin Rawatan Covid.
Jumlah kes sembuh pula sebanyak 4,602, 625. – MalaysiaGazette