LONDON- Newcastle United masih menaruh harapan untuk mendapatkan khidmat pemain Leicester City, James Maddison.
Bagaimanapun, usaha Magpies untuk mendapatkan Maddison gagal sebelum ini apabila bidaan bernilai £40 juta ditolak Leicester dan Newcastle bersedia untuk meningkatkan bidaan kepada £50 juta.
Pengurus Leicester, Brendan Rodgers tetap dengan pendirian kelab itu tidak merancang untuk menjual pemain tengah itu.
Maddison menjadi buruan Eddie Howe bagi menguatkan jentera serangan Newcastle selepas kelab itu gagal mendapatkan khidmat Hugo Ekitike yang akan menyertai Paris Saint Germain dari Reims.
Maddison mempunyai kontrak berbaki dua tahun lagi bersama The Foxes.
Newcastle setakat ini hanya membawa masuk Chris Wood dari Burnley. – BBC Sport.com
(https://www.bbc.com/sport/football/62386439)