KUALA LUMPUR – Jumlah jangkitan Covid-19 melepasi 4,000 kes setakat lewat malam tadi kepada 4,204.
Angka terbaharu itu menjadikan kes tempatan terus melonjak kepada 4,649,535.
Data COVIDNOW menunjukkan lapan kes kematian semalam termasuk dua kes berlaku di luar hospital.
Kes aktif pula sebanayak 44,278 termasuk 42,661 menjalani kuarantin di rumah.
Sejumlah 1,537 kes lagi dirawat di hospital termasuk 56 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 36 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala 24 kes di Pusat Kuarantin Rawatan Covid.
Kes sembuh pula sebanyak 4,582. – MalaysiaGazette