Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP menafikan DAP mendominasi dalam Kerajaan Pakatan ketika mentadbir negara pada tahun 2018 hingga 2020.

Lim Guan Eng mendakwa, walaupun DAP adalah parti utama, tidak sekali-kali DAP mendominasi kerajaan atau PH seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya, kata beliau, Kabinet PH terdiri daripada 29 ahli, yang mana DAP hanya mempunyai enam Menteri.

”Tiada seorang pun daripada enam Menteri DAP itu memegang jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.Dia harus kembali dan belajar Matematik tentang cara mengira, jika dia percaya bahawa enam daripada 29 anggota Kabinet sama dengan mendominasi Kabinet kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ismail Sabri yang menyatakan Kerajaan PH adalah kerajaan DAP.

Guan Eng menyifatkan UMNO meneruskan naratif palsu dengan dakwaan bahawa DAP menolak subsidi atau bantuan kewangan terus.

Menurutnya, had RON 95 pada RM2.08 seliter dimulakan di bawah PH, yang mana harga boleh turun di bawah RM 2.08 seliter apabila harga minyak mentah dunia jatuh, tetapi tidak dibenarkan melebihi RM 2.08 seliter apabila harga naik.

Menteri Pengangkutan DAP juga telah mencadangkan pembayaran balik RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang telah dibelanjakan untuk mengambil alih konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan memandu, yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

DAP juga telah memulakan pengurangan tol sebanyak 18% untuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai langkah pertama ke arah pemansuhan sepenuhnya tol PLUS menjelang akhir 2022.

Berbeza dengan kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri yang gagal mengurangkan tol satu sen pun,

Guan Eng turut mendakwa, cadangan DAP untuk menambah suntikan dana RM45 bilion untuk membantu golongan memerlukan dan perusahaan kecil dan sederha yang terjejas akibat pandemik Covid-19 juga dicadangkan oleh DAP.

”Dengan hanya memetik nama DAP, UMNO memainkan sentimen ekstremis untuk memenangi pilihan raya umum dengan menyalahkan segala-galanya kepada DAP.

”Satu kes klasik UMNO dalam memutarbelitkan fakta dan angka ialah pakej penyelamat PH yang berjaya untuk Tabung Haji yang berada dalam kesusahan selepas penyelewengan kewangan. Pakej penyelamat itu telah disokong oleh Kementerian Kewangan.

”UMNO sebelum ini secara palsu menuduh DAP membahayakan dan meletakkan orang bukan Islam bertanggungjawab ke atas Tabung Haji.

”Bagaimanapun, selepas UMNO kembali berkuasa melalui pintu belakang dalam Langkah Sheraton, mereka tidak membuat sebarang komen apabila Ketua Audit Negara  sendiri mengesahkan bahawa langkah tepat pada masanya yang diambil oleh PH telah menyelamatkan Tabung Haji daripada masalah kewangan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast