Kejohanan Bina Badan Mr Kuala Lumpur akan diadakan di Stadium Titiwangsa pada 7 Ogos ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 150 peserta dijangka menyertai Kejohanan Bina Badan Mr Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pada Ahad ini.

Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, Krishna Kumar berkata, kejohanan itu kembalikan diadakan selepas dua tahun dibatalkan gara-gara pandemic Covid-19.

Beliau berkata, sebanyak 16 kategori dipertandingkan dengan sasaran penonton seramai 1,000 orang bagi memeriahkan suasana.

“Kemuncak acara apabila juara Mr Kuala Lumpur akan mewakili Kuala Lumpur pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr Malaysia.

“Sudah pasti kami yakin para peserta akan mengekalkan tahap disiplin tinggi termasuklah menjaga pemakanan memandangkan sudah dua tahun kejohanan ini tidak diadakan.

“Kami juga berharap akan muncul muka baharu pada kejohanan Mr Kuala Lumpur ini  walaupun mengetahui persaingan akan diberikan nanti cukup sengit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Krishna Kumar.

Kumar berkata, kejayaan sukan bina badan mencapai sasaran di Sukan SEA Vietnam 2021 menjadi daya penarik kepada bakat baharu untuk menceburi sukan itu. memberi tumpuan kepada dua kejohanan antarabangsa di peringkat Asia dan dunia.

“Justeru, objektif utama penganjuran ini juga untuk mempromosikan sukan bina badan kepada masyarakat masyarakat dan generasi muda bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan anak muda.

Sementara itu, Kejohanan Bina Badan Mr Kuala Lumpur dianjurkan dengan kerjasasma Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF). – MalaysiaGazette