‘Nasi Lemak On-The-Go’ dijual dengan harga istimewa RM4.90.

KUALA LUMPUR – Santan AirAsia melancarkan menu khas terbaharu iaitu nasi lemak bungkus yang dipanggil ‘Nasi Lemak On-The-Go’ dengan harga istimewa RM4.90.

Direka khas untuk mereka yang sibuk dengan aktiviti harian, Nasi Lemak On-The-Go dibungkus dalam bentuk piramid, berbeza dengan bentuk bungkusan yang biasa sebelum ini tetapi dengan rasa hebat yang tetap sama.

Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan sememangnya terkenal di seluruh ASEAN terutamanya dalam penerbangan AirAsia.

Hidangan klasik Malaysia itu diperbuat daripada bahan utama nasi dan santan yang dikukus dan disajikan bersama sambal sederhana pedas, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng rangup dan telur rebus sebagai pelengkap.

Pengurus Besar Santan AirAsia, Catherine Goh berkata, pasukan Santan AirAsia akan terus berusaha untuk berinovasi, berevolusi dan meningkatkan penawaran terbaik kami kepada para pelanggan.

“Nasi Lemak Pak Nasser kami bukan sahaja menu Santan yang paling popular, tetapi juga mungkin merupakan sajian Nasi Lemak paling banyak terjual di Malaysia, baik dalam penerbangan mahupun di restoran.

“Secara purata, restoran kami menjual kira-kira 1,000 hidangan nasi lemak dalam sehari, dan ia dijangka meningkat empat kali ganda kepada 4,000 sajian sehari bagi setiap kedai menjelang 2026.

“Dengan hidangan kegemaran ramai ayam goreng berempah yang turut dipertingkatkan, saya pasti Santan akan terus menjadi penyedia nasi lemak pilihan ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena dengan pelancaran ‘Nasi Lemak On The Go’, sebanyak 12,000 pelbagai hidangan Santan AirAsia akan disediakan secara percuma melalui airasia food, selain 1,000,000 mata ganjaran dari airasia rewards.

Dengan menggunakan fungsi “Snap & Earn” di airasia Super App, pelanggan akan mendapat dua kali ganda mata ganjaran secara automatik (12 mata ganjaran airasia untuk setiap RM1 yang dibelanjakan) bagi semua pembelian di Santan AirAsia dari 27 Julai lalu hingga 31 Oktober ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan boleh berkunjung ke restoran Santan AirAsia yang terletak di AEON Shah Alam, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, NU Sentral, Setia City Mall, Sunway Pyramid dan RedQ (ibu pejabat AirAsia), manakala Kafe Santan AirAsia terletak di The Gardens MidValley, RedQ dan RedStation (ibu pejabat AirAsia Super App) di KL Sentral

Semua hidangan Santan AirAsia disahkan halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih mengikut keperluan keselamatan makanan yang ketat. Ia boleh ditempah melalui ikon “Food” di aplikasi airasia Super App atau laman web airasia.com/food serta platform penghantaran lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast