Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 17,599 individu diisytiharkan muflis sepanjang tempoh 2020 hingga Mei tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Selangor mencatatkan jumlah individu muflis tertinggi dengan 4,164 orang.

“Wilayah Persekutuan kedua tertinggi dengan 2,203, Johor 1,987, Sabah 1,642, Perak 1,278 kedah 976, Pulau Pinang 949, Sarawak 948, Negeri Sembilan 831, Pahang 776, Kelantan 724, Terengganu 569, Melaka 453 dan Perlis dengan 99 orang,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, individu berusia 35 hingga 44 tahun paling banyak muflis dengan 6,681 orang.

Individu berusia 45 hingga 54 tahun pula 4,819, 25 hingga 34 tahun 3,171, 55 tahun keatas pula 2,823 orang sementara 46 orang lagi dibawah 25 tahun.

Sejumlah 59 kes lagi tidak dapat ditentukan tahap umur mereka.

Kaum lelaki paling banyak diiisytiharkan muflis iaitu 12,970 berbanding 4,607 wanita dan 22 kes lagi tidak dapat ditentukan jantinanya.

“Kaum Melayu paling ramai muflis iaitu 10,267, Cina 4,447 orang, India 1,321, lain-lain bangsa pula 1,516 dan bukan warganegara pula 48 kes. – MalaysiaGazette