Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Clinic 365, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 melonjak kepada 5,330 semalam berbanding 4,204 sehari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 13 adalah kes import.

Pertambahan jumlah jangkitan itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini terus bertambah kepada 4,654,852.

Jumlah kes kematian juga meningkat kepada 10 dengan satu kematian berlaku di luar hospital.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif bertambah kepada 46,523 bagi tempoh yang sama berbanding 42,661, kelmarin.

Jumlah yang dikuarantin di rumah adalah sebanyak 44,885, hospital (1,560) dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid (29).

Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebanyak 49 kes dengan 34 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast