Kenyataan rasmi PDRM nafi akaun palsu media sosial ada hubungan dengan pihaknya seperti didakwa oleh syarikat Meta Platforms Incorporated yang berpengkalan di California AS.Sumber Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menafikan dakwaan Syarikat Meta Platforms Incorporated tentang kewujudan akaun-akaun palsu di media sosial yang mempunyai kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM}.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya memandang serius laporan yang dikeluarkan oleh syarikat conglomerat teknologi multinasional berpengkalan di Menlo Park, California Amerika Syarikat itu.

“Dakwaa Syarikat Meta Platforms Incorporated terdapat akaun-akaun palsu di media sosial yang mempunyai hubungan dengan PDRM sangat serius.

“PDRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu dan kita sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya,” katanya dalam kenyataan ringkas dua perenggan tengah malam tadi.

Terdahulu tular dalam WhatsApp dan media sosial laporan Adversarial Threat Report bagi suku kedua 2022 yang mendakwa mereka menemui hubungan antara akaun palsu media sosial dengan PDRM.

Laporan itu mendakwa mereka telah memadamkan sebanyak 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram kerana melanggar dasar tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan.

Rangkaian itu didakwa berasal dari Malaysia dan menyasarkan orang awam di negara ini menggunakan akaun palsu dengan gambar profil akaun-akaun-akaun yang telah dicuri di Facebook, Tik Tok,Twitter dan Instagram.

Namun sebahagian profil palsu itu berjaya dikesan dan dilumpuhkan oleh sistem automatik syarikat Meta.

Syarikat berkenaan turut mendakwa mereka menemui rangkaian berkenaan selepas menyemak maklumat tentang sebahagian kecil aktiviti ini yang pada mulanya disyaki telah berasal dari China oleh penyelidik di Universiti Clemson.

Meta mendakwa walaupun orang di belakang kegiatan tersebut cuba menyembunyikan identiti sebenar namun sisasata mereka mendapati ia ada kaitan dengan PDRM. – MalaysiaGazette