Home Nasional Penduduk mahu kerajaan kaji semula MRT3 di Taman Kencana

Penduduk mahu kerajaan kaji semula MRT3 di Taman Kencana

AMPANG – Penduduk Taman Kencana mahu kerajaan mengkaji semula hasrat mahu menjadikan taman mereka sebahagian projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) di Lembah Klang.

Bagi tujuan itu, kira-kira 100 warga Taman Kencana bersama persatuan penduduk telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan itu.

Jurucakapnya, Ahmad Nabil Omar berkata, pihaknya hari ini mendapatkan petisyen bantahan daripada penduduk mengenai projek MRT3.

“Melihat kepada keadaan semasa pada tahun 2022 lepas di mana kehidupan kami yang baru sahaja bangkit dari pendemik Covid-19 serta pergelutan kami dengan keadaan ekonomi yang mencabar dan apabila mendengar kawasan perumahan kami yang akan diambil untuk dibangunkan sebuah stesen MRT3 adalah satu dugaan besar yang bakal kami hadapi,” katanya.

Justeru itu, jawatankuasa awal ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal berkaitan MRT3 dibuat bagi mendapatkan segala maklumat dapat disalurkan kepada penduduk yang terlibat dengan lebih jelas.

“Kami juga ingin membuat bantahan melalui jawatankuasa awal ini supaya segala kepentingan penduduk Taman Kencana dapat dilihat dan dipertimbangkan dengan sewajarnya,” ujarnya.

Selain itu, warga Taman Kencana juga mahu satu perbincangan melibatkan pihak berkaitan bersama wakil penduduk.

“Kami juga mahu mengenal pasti unit rumah yang terlibat meliputi keluasan kawasan pembangunan untuk stesen MRT3 serta melibatkan pembangunan infastrukur lain

“Kami mahukan majlis dialog diadakan bagi mendengar pandangan dan cadangan dari penduduk serta pihak yang terlibat untuk membincangkan mengenai masa depan kami sekiranya perumahan kami diambil alih oleh MRT3,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menurutnya, perkara yang sama akan dipanjangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Ir Izham Hashim dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast