Bas yang terlibat dalam nahas diangkat keluar dari tempat kejadian di Varazdin. Foto Xinhua

ZAGREB – Seramai 12 orang maut dan sekurang-kurangnya 32 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya apabila sebuah bas terbabas dari lebuh raya di utara Croatia, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5.40 pagi waktu tempatan apabila bas itu tergelincir dari lebuh raya A4 ke arah ibu negara negara itu Zagreb.

Pihak berkuasa berkata, 11 orang meninggal dunia di tempat kejadian dan 32 orang dimasukkan ke hospital di Varazdin, Zagreb dan Cakovec.

Seorang lagi meninggal dunia ketika dimasukkan untuk rawatan hospital.

Menteri Dalam Negeri Croatia Davor Bozinovic pada sidang media di Hospital Varazdin berkata, 32 orang lagi penumpang mengalami trauma teruk termasuk sedang bertarung nyawa.

Bozinovic berkata, ketika kejadian bas itu membawa 43 penumpang Poland, bertolak dari Warsaw dan merancang untuk pergi ziarah ke Medjugorje, tapak ziarah Katolik popular di barat daya Bosnia dan Herzegovina. – Agensi