Dr. Ronald Kiandee

SERDANG – Perikatan Nasional (PN) akan terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga pembubaran Parlimen.

Ahli Majlis Tertinggi gabungan tersebut, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata,  pendirian PN konsisten untuk memastikan kestabilan politik negara.

“Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan kepada PM, itu merupakan pendirian PN. Kita inginkan kestabilan politik terus berlanjutan di antara kita.

“PN akan terus beri sokongan kepada Perdana Menteri, sehingga pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Logo Smart SBB, Aplikasi Rice Information Management System, Ladang’ 57 Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.

Ronald yakin Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya Mei, berdasarkan tempoh  yang sepatutnya tamat.

“Apa pun pilihan raya akan dipanggil (akan berlaku) tempohnya hampir tamat, tidak akan lambat daripada Mei tahun depan, sehingga kini kita memberi komitmen menyokong kerajaan dan meneruskan kestabilan politik negara kita akan berkekalan sehingga pilihan raya mengikut tenpoh yang telah ditentukan dalam perlembagaan,” tambah beliau.

Semalam, Perana Menteri berkata kerajaan sedia mengadakan PRU jika PN menarik balik sokongan terhadapnya.

Walau bagaimanapun kata Ismail, sebarang tindakan yang bakal diambilnya hanya akan berpandukan kepada kedudukan rasmi PN.-MalaysiaGazette