Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kadar cukai tanah dalam kategori perindustrian di Pahang adalah yang ketiga terendah di negara ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kadar cukai perindustrian di Pahang dalam lingkungan 50 sen sehingga 70 sen satu meter persegi berbanding negeri lain pada kadar RM3.80 satu meter persegi.

“Baru-baru ini pula, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Cukai Khas bagi kategori Lapangan Terbang dan Pelabuhan yang berkadar RM0.40 satu meter persegi sahaja,” katanya.

“Saya berharap dengan kadar cukai yang serendah ini, ia secara langsung dapat menarik kehadiran para pelabur untuk menanam modal di negeri ini, sekaligus mampu melonjak ekonomi untuk faedah rakyat dan Negeri Pahang.

“Ia juga diharap mampu menangkis dakwaan dan tohmahan kononnya kadar cukai tanah di Pahang adalah tinggi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, cukai tersebut dikutip untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast