Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan Covid-19 ekoran angka positif yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah sebanyak 2,863, menjadikan jumlah kumulatif 4,673,438 setakat tengah malam tadi.

Data COVIDNOW juga menunjukkan enam lagi kematian dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan jumlah terkumpul kes kematian sebanyak 36,032.

Kes aktif pula sebanyak 43,875 dengan jumlah yang dirawat di hospital sebanyak 1,790 atau 4.1%.

Daripada jumlah itu 55 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 38 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala 41, 996 atau 95.7% dikuarantin di rumah dan 34 di tempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast