Air Selangor water tariff
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sejumlah 394 kawasan di Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) akan mengalami gangguan bekalan air bermula pada jam pagi ini.

Gangguan itu disebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) mulai jam 4.30 pagi tadi berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam.

 

 

LRA Langat 2 dijangka akan mula beroperasi semula pada jam 3.30 petang, 11 Ogos 2022 bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Pengurusan Air Selangor berkata, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal, selain mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas. – MalaysiaGazette