GEORGE TOWN – Seorang wanita cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Sungai Ara di sini, hari ini.

Kejadian jam 12.05 tengah hari itu mengejutkan penghuni setempat selepas menemui mangsa di bahagian tempat letak kereta bertingkat pangsapuri terbabit.

MalaysiaGazette difahamkan, senaskhah al-Quran turut ditemui dalam pegangan mangsa berusia 33 tahun itu ketika dia ditemui orang awam.

Pihak bomba bantu mengangkat mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan Bulan Sabit Merah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abd Rahman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan bagi operasi membantu mengangkat mangsa.

”Mangsa diserahkan kepada pasukan kesihatan yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan susulan,” katanya.

Mangsa yang sudah mendirikan rumah tangga itu diberikan rawatan awal oleh pasukan Bulan Sabit Merah sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa kini masih menerima rawatan di HPP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast