Khairy Jamaluddin merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor 2022 di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kerajaan dijangka meluluskan projek pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA)2 di Kempas, dekat sini, pada pembentangan Bajet 2023.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, HSA2 dijangka dapat mengurangkan kesesakan yang dialami di hospital-hospital di bandar raya ini.

“Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina ((pembinaan dijangka siap November 2024)) dan HSA 2 yang akan dibina, membolehkan sejumlah lebih 700 katil baharu ditambah  untuk menampung keperluan pesakit kawasan bandar raya Johor Bahru dan sekitarnya Pasir Gudang, Kulai, Iskandar Puteri dan Skudai,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor di Bandar Dato Onn, di sini, hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, kini kadar penggunaan katil di HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI) melepasi ini 90 peratus tahap yang mana ia dianggap tinggi untuk hospital awam. -MalaysiaGazette