Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan Covid-19 ekoran angka positif yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan pertambahan 3,943 kes lagi semalam.

Ia menjadikan kes jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 4,690,179.

Data COVIDNOW turut menunjukkan sebanyak empat kes kematian semalam, sekali gus menjadikan jumlah terkumpul kepada 36,070.

Kes aktif yang dilaporkan pula sebanyak 45,375 dengan 3.5 peratus atau 1,577 kes dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 66 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 45 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 96.3 peratus atau 43,701.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 4,645. – MalaysiaGazette