CPTPP Anwar
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa semua pihak dalam parti tidak membezakan orang lama dan baharu kerana itulah ramuan yang memperkukuhkan parti itu.

“Siapa pula yang meletakkan garis pemisah antara yang baharu dan lama. Sebenarnya, bila-bila masuk (Bersatu) itu adalah orang parti kita.

“Jangan biarkan sesiapa pun memecahkan kita. Kalau musuh dari luar itu memang kerja dia,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, terdapat  pihak yang mempertikaikan kemasukan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas PRU14.

“Selepas PRU14, ada lagi kelompok-kelompok yang masuk bersama Hamzah. Ramai yang menyertai kita daripada UMNO.

“Tidak berapa lama, datang pula kelompok dari PKR, Azmin. Ini semua patut dianggap ramuan perkukuhkan (parti).”

Beliau bagaimanapun sedih dan bimbang dengan sikap sesetengah pihak yang membeza-bezakan orang baharu dan lama kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku. – MalaysiaGazette