Lelaki warga tempatan mangsa kedua tercedera di kaki selepas tergelongsor dan jatuh ketika mandi di air terjun Rimba Eco Kanching di Rawang petang Sabtu. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki patah kaki setelah tergelongsor terjatuh ketika mandi di air terjun Rimba Eco Kanching, Rawang, kejadian kedua beberapa jam selepas seorang warga Britain mengalami nasib yang sama.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bilik gerakan operasi menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden tersebut pada jam 2.08 petang.

“Bertindak atas panggilan kecemasan awam itu, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah bergegas dengan jenteranya ke lokasi kejadian tersebut.

“Sejurus selepas tiba di lokasi pada jam 2.15 petang, pemerhatian anggota bomba di lapangan mendapati, kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun yang terjatuh ketika mandi di air terjun itu,”‘ katanya dalam kenyataan, malam ini.

Lelaki warga tempatan mangsa kedua tercedera di kaki selepas tergelongsor dan jatuh ketika mandi di air terjun Rimba Eco Kanching di Rawang petang Sabtu. Ihsan Bomba Selangor

Tambah beliau, mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 80 meter di air terjun tersebut sebelum pemeriksaan mendapati lelaki itu cedera pada bahagian kaki kanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki UK patah kaki di air terjun Rimba Kanching

Bagaimanapun, menurut Norazam, mangsa yang sedar selepas kejadian itu luka pada bahagian kaki kanan serta tidak boleh bergerak manakala kaki kirinya terseliuh.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi mangsa terjatuh mendapati mangsa telah mengalami hipotermia.

“Mangsa kemudian telah diberikan rawatan awal di tempat itu sebelum telah dibawa turun oleh anggota bomba dari kawasan air terjun berhutan tebal itu.

“Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan menggunakan menggunakan ambulan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan keadaan dilaporkan stabil selain diberi rawatan lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 10.22 pagi, seorang lelaki warga Britain parah kaki ketika mandi di air terjun yang sama. – MalaysiaGazette