Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan angka terkumpul terus meningkat kepada 36,093.

Manakala kes jangkitan baharu pula sebanyak 2,437 termasuk enam kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,699,978.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 42,203.

Daripada jumlah itu, 1,566 dirawat di hospital termasuk 81 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 50 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula 3,658. – MalaysiaGazette