Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes sembuh akibat jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 4,882 mengatasi kes baharu 3,429.

Daripada jumlah jangkitan baharu, enam adalah kes import.

Data COVIDNOW berkata, jumlah kematian yang dicatatkan pula sebanyak sembilan kes.

Manakala kes aktif sebanyak 40,741 termasuk 1,563 atau 3.8% dirawat di hospital.

Daripada angka itu, sebanyak 84 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 58 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes yang dikuarantin di rumah sebanyak 39,062. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast