Dahulu harga sebelum ini ayam adalah pada kadar RM 9.90 sekilogram. Kini harganya sudah pun sekitar RM 7.00 – RM 8.00 sekilogram. Harga minyak masak berbotol untuk 5kg pula sudah turun daripada RM 45 kepada RM 34 dan harga ini akan berkurangan lagi selepas ini.
2.0 Tiada Sebarang Bantuan
Alasan kedua seperti tiada sebarang bantuan daripada kerajaan juga merupakan satu lagi tuduhan yang palsu kerana kerajaan keluarga Malaysia sudah pun memberikan subsidi yang paling banyak dalam sejarah subsidi negara Malaysia berjumlah RM 77.7 billion.
3.0 Isu LCS
Alasan himpunan seterusnya pula kononnya isu skandal LCS yang Pakatan Harapan sendiri yang batalkan dan lambatkan proses pembinaan kapal tersebut dan kini pula sendiri yang bertanya di manakah kapal juga bukan merupakan satu alasan yang baik.
Perdana Menteri sendiri sudah arahkan SPRM dan peguam negara untuk segerakan siasatan. Dalam pada itu , beliau juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan.
Tindakan ini sudah pun mendapat sokongan dan pujian daripada hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.
4.0 Tuntutan belum dipenuhi
Kelima – lima tuntutan sebelum bukan belum dipenuhi tetapi sudah pun dipenuhi sebelum perhimpunan siri pertama lagi.
Subsidi bukan sahaja dikekalkan malahan sudah bertambah. Subsidi sebanyak RM 77.7 Billion sudah jauh melebihi bantuan subsidi sebanyak RM 45 Billion yang sering diminta oleh Lim Guan Eng dan kepimpinan DAP yang lain.
Bantuan bermaruah tertinggi dalam sejarah negara juga sudah diberikan. Bantuan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah sebanyak RM11.7 bilion diberikan.
Isu sekuriti makanan pula telah dilaksanakan melalui Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.
Kerajaan keluarga Malaysia pula tidak pernah menaikkan sebarang gaji untuk Kabinet. Keadaan ini berbeza dengan kerajaan pimpinan DAP yang naik gajj semua EXCO mereka pada kadar 100% pada tahun 2015.
Kesemua yang dituntut sudah pun dilakukan, dilaksanakan serta diselesaikan sebelum diminta oleh jawatankuasa himpunan turun.
Keadaan ini hanyalah menandakan kecekapan Ismail Sabri memimpin negara. Belum lagi desak dan minta sudah pun dilaksanakan segalanya.
2 ) Inflasi Terendah Di ASEAN ( 3.4% )
3) GDP No 1 Di ASEAN ( 8.9% )
4 ) Bantuan Tunai Paling Banyak Dalam Sejarah Negara
5 ) Pengganguran Menurun Mencapai Tahap Terendah ( 3.9% )
6) Jumlah Dagangan Negara Cecah RM2 Trilion Buat Kali Pertama
Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia