Hisyam Teh Poh Teik.

PUTRAJAYA – Situasi prosiding akhir rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agak mengejutkan hari ini apabila permohonan keduanya untuk menangguhkan kes tetap ditolak lima panel hakim.

Peguam utama yang mewakili pasukan Najib, Hisyam Teh Poh Teik sebelum itu memohon supaya permintaan untuk menangguhkan kes itu dipertimbangkan.

Bagaimanapun Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai barisan empat panel hakim lain di Mahkamah Persekutuan tetap bertegas dengan keputusan Selasa lepas untuk menolak permohonan penangguhan dan mahu meneruskan prosiding kes berkenaan.

Bagaimanapun Hisyam kemudian bertindak untuk menarik diri dari terus mewakili Najib atas alasan beliau tidak bersedia bagi mewakili sebuah kes yang besar.

Hisyam turut mengakui keputusan itu sebenarnya amat sukar buat dirinya yang juga kali pertama dalam kariernya melakukan sedemkian namun dirinya tidak berupaya untuk melakukan apa-apa.

Tengku Maimun cuba untuk menghalang tindakan Hisyam sambil menjelaskan itu akan menyebabkan anak guamnya ketiadaan wakil untuk berhujah bagi mempertahankan diri dalam prosiding akhir.

Beliau juga dalam nada tegas berkata, mengikut undang-undang yang termaktub dirinya berhak untuk menghalang beliau berbuat demikian (menarik diri).

Namun kata Hisyam, beliau tetap tidak boleh meneruskannya.

“Adakah anda mahu meninggalkan anak guam anda begitu sahaja? Mahkamah tetap dengan keputusan dua hari lepas, tidak akan membuat sebarang penangguhan pada hari ini. Permohonan anda tidak boleh mahkamah ikut.

“Saya percaya dengan anda, kebolehan anda dan juga barisan peguam bela yang lain dalam pasukan untuk membantu kamu, kamu tidak perlu menarik diri,” kata Tengku Maimun.

Tengku Maimun juga mengingatkan Hisyam bahawa beliau sepatutnya memfailkan afidavit terlebih dahulu sebelum bertindak menarik diri.

“Anda perlu kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Kaunsel tidak sepatutnya menarik diri begitu sahaja.

Bagaimanapun Hisyam tetap bertegas dengan keputusannya.

Prosiding ditangguh ketika ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Percubaan terakhir Najib mohon penangguhan hari ini

6 Komen

  1. Kalau berginilah tindakan mereka, ramai yang menyokong tindakan Hisyam mahu tarik diri, bukan beliau sahaja tetapi keseluruhan pasukan pembelaan.

    Ramai tertanya2 kenapa mahkamah tidak membenarkan QC untuk mewakili Najib, dengar dahulu hujah2an beliau kemudian baru putuskan. Upgrade la sikit hal2 berkenaan pembelaan ni!!!

    Takut ke apa???

  2. Ramai tertanya2 kenapa tidak ditunggu sahaja sehingga siasatan terhadap hakim terdahulu selesai dijalankan?

    Rasanya dah lama sangat masa diambil untuk siasatan tersebut? Kalau ada kes beritahu, kalau takde kes juga kena beritahu, rakyat berhak untuk tahu!

  3. Tuduhan terhadap hakim terdahulu menerima sejumlah wang didalam akaunnya dilihat straight foward sahaja, dengan kecanggihan teknologi pihak berkuasa mungkin mereka boleh trace siapa yang memasukakn duit tersebut dengan mudah, apa motifnya!

    Tapi kenapa TERLALU LAMA masa diambil untuk menyelesaikan siasatan tersebut? Rakyat berhak untuk tahu!

  4. Tindakan yg bijaksana En. Hisham..kamu tidak perlu masuk ke mahkamah dlm keadaan tangan kamu diikat…

  5. Adalah menjadi hak asasi Hisyam untuk menarik diri, atas nama keadilan ramai yang menyokong!

    Berbanding penulis, sebagai pengamal undang2 SENIOR, mungkin Hisyam sudah nampak tiadanya KEADILAN disana?

  6. Bila Hisyam tarik diri, ramai yang cadang Najib untuk melantik semula QC untuk berhujah.

    Ianya cuma hujah2 berfakta dan ilmiah sahaja, kenapa pula hal2 berkaitan keadilan ini mahu disekat2?

Comments are closed.