Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Bentong dekat sini atas dakwaan menceroboh tanah milik syarikat seorang bergelar Datuk Seri sejak 2011 di Ringlet, Cameron Highlands.- Gambar hiasan.

KUANTAN –  Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Bentong dekat sini atas dakwaan menceroboh tanah syarikat milik seorang bergelar Datuk Seri sejak 2011 di Ringlet, Cameron Highlands.

Tertuduh, Yam Ken Lap @ Yam Beng Sooi, 76, didakwa mengikut Seksyen 5 dan 6(1) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta385) pada 12 Ogos lalu dan mengaku tidak bersalah.

Mengikut dua kertas pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin, tertuduh meneroka tanah milik Datuk Seri itu untuk tujuan menanam bunga.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM3, 000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast