Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,798 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Jumlah itu termasuk lima kes import, sekali gus menjadikan angka jangkitan dalam negara terus bertambah kepada 4,717,263.

Data COVIDNOW turut melaporkan sebanyak enam kes kematian termasuk satu kes kematian di luar hospital.

Kes aktif yang direkodkan pula sebanyak 40,890 dengan jumlah kes di hospital sebanyak 1,379.

Daripada jumlah itu, 65 kes atau 0.1 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 39 kes atau 0.1 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula 4,669 setakat semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast