Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas dan teman wanitanya direman selama empat hari mulai hari ini kerana disyaki mendera perempuan OKU.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek itu ditahan selepas seorang pegawai perubatan Hospital Ampang melaporkan menerima seorang pesakit perempuan OKU yang cedera.

Mangsa yang berumur 31 tahun itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam dengan menaiki ambulans.

Hasil rawatan yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan yang mencurigakan seperti lebam di bahagian mata kanan disyaki dipukul serta ditumbuk.

Mohamad Farouk berkata, beberapa objek seperti kayu penyapu, penyangkut baju dan kayu mop yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut. – MalaysiaGazette